Monday, 12 December 2011

Vulio

“ Hai, ni Dania kan???” seorang lelaki datang kat aku time aku lunch dengan Aril aku… tapi aku macam pernah kenal dan pernah tengok mamat ni… aku try untuk ingat, kejap..
“yup…kenapa???” Aku tengok muka Aril dah lain…
“Kenal Hafiz????puas saya cari awak… rupanya awak tak jauh pun dari penang…” aku cuba tuk ingat… dan akhirnya aku ingat jugak…
“ Ye… saya kenal awak… ermm..” aku tengok jam dah pukul 2.00 ptg ni… tepat untuk aku masuk office dan tenangkan Aril…
“Ok Hafiz, nanti kita jumpa lain kali.. saya nak pergi masuk office ni… jom…” aku bangun lepas Aril bangun… aku jalan beriringan dengan Aril …
“ Siapa dia tu??? Orang tak pernah nampak pun dia selama ni…pekerja baru kita ke???” nada suara macam nak marah tapi perlahan sangat dia cakap tu.…
“Sebenarnya tu kawan lama Nia… dah lama lost contact dengan dia… tu yang bila jumpa jadi blur kejab…sebab dah lama sangat tak jumpa… dah la...” aku  terus masuk office aku…

aku ajak dia balik sama, tapi aku nak makan dulu sebab aku tersangat la lapar.
“Jom makan kat kafeteria tu…” aku ajak dia tapi dia tak nak pulak..ada hal katanye… tak pe lah aku pergi dengan Fisha je la…

“Aku nak kau bagitahu apa hubungan kau dengan Dania…” Aril duduk depan Hafiz yang sedang menjamu selera di kafeteria di dalam syarikat mereka.
“Just friends…” jawab Hafiz malas…
“Aku tak percaya… aku nak  kau bagitahu sejujur-jujurnya… kau dah lama perhatikan Dania kan…” Kini suara Aril lebih tegas…
“Ye.. memang dah lama aku perhatikan Dania tu… aku sayang kat dia.. aku suka kat dia, aku cintakan dia…aku kenal dia dulu dari kau… tapi salah aku dulu tinggalkan dia tanpa sepatah perkataan pun tentang status kami dulu… bila aku dah jumpa dia, aku rasa terancam sebab kau ada dengan dia… kau tak bahagiakan dia… kau tak fahami perasaan diaa… tu yang membuatkan aku sedih…” Aril terkejut dengan pengakuan berani Hafiz…
“Kau ni… kau tahu kan aku dengan Dania…”
“Aku tahu… tapi kau tak de ikatan apa-apa lagi dengan dia… so aku boleh lagi rebut dia dari kau…” Hafiz bangun dan terus blah meninggalkan Aril yang terpinga-pingga…
                                            Bab 2
 “Along, angah tension dengan keputusan ma… angah tak tahu nak buat macam mana lagi…” Muhaimien cuba untuk meluahkan perasaannya kepada abang kesayangannya…
“ Along pun sebenarnya terkejut bila ma cakap macam tu…tapi tak salahkan kalau kamu yang uruskan syarikat ma tu… along yakin kau boleh buat… lagi satu abang nak tanya kau ni… macammane buah hati bayangan kau tu..dah jumpe???”
“ Insyallah along, nanti angah cuba slow talk dengan ma…. Sebenarnya along… dia masih lagi belajar…angah tak nak ganggu dia lagi… tapi angah akan jaga dia… selama 5 tahun angah kejar dia… bila dah jumpa, angah akan pastikan dia tak lari… lepas dia habis belajar angah nak terus meminang dia…” Muhaimien tersenyum sendiri…
“Kau ni  biar betul Ngah..tetiba kalau dia tak nak…macamana pulak???” along mula curiga dengan adiknya… muhaimien, setiap kata-katanya pasti akan dia tunaikan…
“ Angah takkan lepaskan dia, along…angah akan pastikan dia akan jadi milik angah…” Muhaimien cuba untuk mengingati peristiwa pandangan pertamanya…
“Maaf Encik… saya tak sengaja.. Maaf..” tertunduk dia meminta maaf…
“It’s okay… lagipun saya jugak salah… jalan tak pandang depan…” rasa bersalah pun ada walaupun perempuan tu  yang terlebih meminta maaf… tapi.. asal aku rasa semacam je ni…
“ Betul ke ni encik… saya mintak maaf okay?…"
“Tak pe…” Muhaimien senyum ke arah perempuan tu sambil berlalu..

                                                                         Bab 3
“Aku penat sangat Fatin, aku tak tahu la kenapa dia datang balik kat dalam hidup aku… walaupun dulu memang aku harapkan sangat dia hadir balik…” aku boleh jadi giler la macam ni… nak hilangkan tension aku terpaksa minum susu… kalau tak aku akan fikir benda tu…
“Maksud kau? Hafiz… macammana dia boleh wujud pulak ni… kita dah kerja lama kan kat sini, asal baru dia muncul , habis tu selama ni dia pergi mana… tak muncul masa kau mula-mula kerja  kat situ lagi? Asal baru sekarang dia datang?” Fatin datang ke arah Dania…dia ingin mendengar luahan rakannya tu.. cukuplah dia pernah sekali di lukai oleh Aiman… selama 3 tahun mereka menjalinkan hubungan tiba-tiba Aiman terlebih dahulu menikah… sedih Fatin melihat keadaan Dania…
“Aku rasa selama ni dia perhatikan aku… tapi asal aku boleh tak perasan dia… dulu aku mengharap sangat dia datang dalam hidup aku, walaupun hati aku sakit kerana nak jaga perasaan Aril.” Dania menggeluh perlahan.
“ Kau tu dari dulu lagi aku suruh tinggalkan Aril tu, tapi kau degil.. entah apa yang special sangat kat mamat tu.. aku pun tak faham dengan kau sebenarnya ni.” Fatin pening dengan sahabatnya tu… lelaki tu dah banyak kali menyakitkan hati Dania, tapi Dania macam tak mengerti…
“Tah la beb.. aku….” Kata-kata Dania terhenti disitu… memikirkan sesuatu…
Tiba-tiba fon Dania mendendangkan lagu tanda satu panggilan yang perlu di jawab.
“Hello,”
“Nia, ni Hafiz ni…Boleh tak saya nak jumpa awak esok.. lepas habis waktu pejabat… please Nia…”
“Fiz, saya bukannya tak nak jumpa… tapii…” Dania cuba untuk memikir… dia takut untuk memberi kata putus lagi…” Insyallah , saya akan cuba”
“Saya mengharap sangat dengan kehadiran awak.” Hafiz meletak telefon.
“Siapa tu Nia ?” Fatin datang menghampiri rakannya…”Hafiz ke???” Dania mengiakan
“Dia nak jumpa aku esok… Aku tak tahu la Tin..”
“Kalau kau masih sayangkan dia, kau jumpa la dia… kalau kau sayangkan Aril, kau tak yah jumpa dia… tapi aku yakin kau mesti jumpa dia…” Fatin bangun dan berlalu…
Dania menuju ke halaman rumahnya. Rumah teres dua tingkat hadiah pemberian papanya kerana dapat bekerja di syarikat rakan kongsi papanya. Dia duduk di taman bertentangan dengan kolam ikan koi. “Bila memikirkan masalah yang datang ni, aku jadi buntu. Aku memang megharap dia kembali sebab aku rindu sangat kat dia, tapi bila dia datang dan muncul depan aku… aku tak boleh nak fikirkan semua ni… arghh!!! Serabut kepala otak aku ni laaa…” Dania mengambil telefon bimbitnya dan mendail nombor yang sangat di rindui…
“Assalamualaikum umi… Nia ni… umi apa khabar???” Dania membetulkan kedudukkan tempat duduknya.
“Waalaikummusalam Nia… umi sihat aje… hai Nia.. kamu tak nak balik rumah ke???? Dah lama tak balikkan…” Datin Rosliha  menyambut dengan gembira sahutan anaknya tu…
“Umi, Nia memang nak balik umi… Tapi… Nia tak nak orang tahu siapa Nia… Nia seronok bila dapat hidup macam ni Umi. Nia rasa macam bebas, Nia dapat berdikari” sedih mengenangkan kehidupan aku dulu. Mungkin siapa yang tak kenal aku, diorang cakap aku ni hanya orang biasa… tapi aku menutup kelebihan aku ni… aku tak nak kawan-kawan aku tahu siapa aku yang sebenarnya, terutama Aril…
“Nia… takkan kamu nak berahsia sangat identiti kamu tu, lagipun kat rumah ni ada Umi, papa, Farish je…Umi rasa kosong kalau Nia tak ada… boleh tak minggu depan Nia balik???” Datin Rosliha cuba untuk memujuk anaknya.
“Umi, kalau tak da aral melintang Insyallah nanti Nia mintak cuti ye umi… Okay umi…  Umi jangan sedih- sedih tau.. kalau Umi sedih nanti umi tak comel macam Nia heheheh… Dania sayang umi…bye umi... Assalamualaikum…”  setelah menjawab salam dari Dania Datin Rosliha terduduk di sofa… dia betul-betul rindukan Dania…Sejak akhir-akhir ni dia merasa seperti Dania akan meninggalkannya…
“Umi??? Kenapa ni… siapa yang telefon tadi???” Farish yang baru lepas menyiapkan assignment bergegas turun ke bawah bila dia terdengar ibunya menangis teresak-esak…
“Akak kamu, umi rindu kat dia Rish…” Datin Rosliha mengadu tentang kesedihannya…
“Umi ni, minggu depan nanti  balik la tu akak… Rish pun rindu kat dia… rindu gelak ketawa akak, rindu nak tengok akak merajuk la…hehehhe”
“ Kamu ni Rish… dah-dah.. kamu dah siap ke assignment tu… umi nak keluar ni, nak pergi butik umi kejap… papa kamu tu selagi belum pukul 7 tak balik dia tu…” Datin Rosliha bangun dan terus mengambil kunci kereta.
“Mi… Rish pun nak keluar dengan kawan Rish… nak survey motor la umi… hehehehe..” Farish tersenyum kera…
“Kamu ni Rish.. Tak cukup lagi ke Kawasaki kat luar tu… penat la dengan kamu ni Rish…mmmm” Datin Rosliha mengelengkan kepalanya melihat keletah anak bongsunya tu…
“Motor tu Rish sayang la nak guna, nak beli motor biasa-biasa je umi… please umi…”
“Ikut kamu la Rish, umi tak kisah… dah-dah umi pergi dulu ni. Nanti kalau kamu dah keluar bagi tahu kak Jah tau.. suruh dia kunci pintu, pagar ni… Assalamualaikum.” Datin Rosliha keluar ke arah keretanya… Farish mengganguk dan bergegas naik ke atas untuk menukar pakaian…

try untuk memulakan mengarng novel!!!